Tandas awam 5 sen?

 Pagi tadi , aku sedang menunggu untuk menaiki bas. Sedang menunggu , aku terasa ingin menunaikan hajat kecil. Aku pun  berjalan ke tandas sambil mengorek aku punya dompet , mencari syiling syiling untuk membayar caj tandas awam . Untuk buang air harganya 50sen. 

     Sampai di meja penjaga tandas , aku hulurkan 50 sen aku yang terdiri daripada ( 20sen , 20sen ,5sen,5sen). Dalam kepala aku, mungkin 5 sen ni tak laku..tapi takpelah aku cuba bagi. 

Aku : 5 sen boleh ke pakcik?

Pakcik : 5 sen buat sendiri la (sambil ketawa sinis).

Aku : Bolehla pakcik , saya takde 10 sen ni.

Pakcik: 50 sen la , mana ada tandas 10 sen (ketawa lagi)

Aku mengorek lagi beg galas aku dan aku terjumpa satu ringgit , Aku beritahu dia "haa ni ada seringgit baru terjumpa"

Pakcik membalas " haa seringgit amik balik 50 sen"

Aku mengambil baki 50 sen lalu ke tandas.. Sedang aku menunaikan hajat baru aku baru terfikir kenapa dia xmahu 5 sen dan aku juga baru perasan sebenarnya dia seorang yang OKU penglihatan. 

Dan aku dah dapat jawapan, mesti dia ingat aku nak bayar 5 sen je sebab pertanyaan aku di atas tu hahaha.

Selepas aku keluar tandas , aku ke tempat dia balik dan menerangkan balik

Aku : Pakcik , tadi saya bukan nak bayar 5 sen, saya bayar 50sen cuma duitnya 20sen 20sen 5 sen 5 sen

Pakcik : Oh laaa kalau macamtu boleh je ,boleh dik.

Aku : Maaf pakcik saya tersalah sebut tadi , jadi pakcik pon saloh faham.

Pakcik : Haa tu la sy ingat kamu nak bayar 5 sen

Aku: Hehe maaf pakcik , Oklah pakcik saya gerak dulu

Pakcik : Haa baik, selamat2

Aku pun beredar untuk menaiki bas sambil tersenyum sorang2 memikirkan ketololan aku hahaha.. Tamat

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN CARI KERJA LEPAS SPM