PENGALAMAN CARI KERJA LEPAS SPM

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

      Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca. Semoga sihat walafiat kamu semuanya. Hari ini aku nak kongsikan pengalaman aku cari kerja . Semuanya bermula pada tahun 2021 lepas PKP fasa ke berapa xingat...dan pada masa tu aku baru selesai tugas sebagai seorang pelajar ...baru habis SPM lah hehe. Memang dalam hati aku berhasrat lepas SPM je nak cari pengalaman bekerja dengan rakan2 seperjuangan aku. Hasrat aku bekerja adalah untuk kumpul sebanyak wang yang mungkin untuk aku 'mmaka' (cantikkan) moto aku hehe... Mulalah aku melayari platform Facebook mencari group Jawatan Kosong , banyak juga kerja yang ditawarkan tapi malangnya lebih kepada nak pekerja full time. 2 ke 3 hari melayari Facebook tapi tak jumpa yang bersesuaian. Aku pun bercadang dengan 2 orang kawan aku ronda kawasan berdekatan untuk cari jawatan kosong. Sempatlah kami singgah 2 tempat iaitu Nagoya Textile dan kedai Scarf. Kami bertiga memohon kerja dengan mengisi borang permohonan kerja. Selesai hal tersebut, kami memulas throttle balik ke rumah masing-masing.

         Selang beberapa hari, aku rasa Nagoya tu memang dah reject kami semua tetapi kedai Scarf tersebut 'Whatsapp' aku tawaran bekerja tetapi hanya aku sorang. Aku dalam dilema nak terima atau tak kerana tak mahu tinggalkan kawan2 aku. Tetapi mereka suruh juga aku terima tawaran tersebut dan aku bersetuju. Setelah itu, malam sebelum hari pertama aku...aku bagitau mak aku yang aku dah dapat tawaran bekerja dan esok aku akan pergi....tetapi jawapannya membuatkan aku hilang semangat . Mak aku tak benarkan aku pergi atas asbab risau akan kes Covid pada masa tu yang semakin meningkat dan waktu tu aku ada adik bongsu kecil yang berumur 1 tahun. Risiko tinggi jikalau aku keluar bekerja kerana tempat kerja agak jauh dari rumahku membuatkn aku lebih terdedah pada VIRUS. Aku agak frust dan kecewa kerana tak dapat bekerja . Namun aku fikirkan balik, memang betul tindakan mak aku demi menjaga kesihatan keluarga aku lagi2 adik aku yang kecil tu. Pada masa yang sama, aku juga selalu lepak di kawasan yang xberapa jauh dari rumah aku, di gerai air balang abang member aku tapi lebih kerap diuruskan oleh member aku dan rakan2 sendiri. Belakang gerainya ada sebuah pondok yang agak luas dan menjadikan ia sangat strategik untuk aku dan kawan2 sekolah berkumpul kerana pada masa itu , semua kedai makan diarahkan untuk servis Take Away / bungkus sahaja. Kadang2 aku dapat upah jugak RM5 sebab tolong jaga air nya waktu dia solat /tandas hehe...

        Tiba suatu hari...member aku tawarkan aku untuk kerja jaga kedai airnya disebabkan yang ada sekarang akan berhenti untuk sambung pengajiannya. Aku pon apa lagi terus terima tawarannya dan apabila pulang ke rumah...dengan pantasnya aku beritahu mak lalu memujuknya dan Alhamdulillah dia benarkan. Mungkin kerana dekat dengan rumah jadi mak aku tak runsing sangat... Sungguh
bersemangat aku hari pertama bekerja. Aku belajar cara bancuh air dengan sukatan yang tepat demi menghasilkan minuman yang dapat melonjakkan hormon dopamin para pelanggan waktu sedutan pertama ...kikiki... 

        Banyak benda mencuit hati waktu aku bekerja di gerai tersebut. Antaranya ada sorang pakcik ini..dia singgah dengan motosikal dan bertanya kepada aku dan rakan sekerja ku...' Air gapo ni dik?' (air apa ni dik?)..Aku pon jawablah air teh beng(teh ais)...dia senyap dan berlalu pergi dengan motosikalnya dan menoleh ke kami beberapa kali...AKu dan rakan aku termenung kejap dan kami tergelak hahaha... Adoiii pakcik2...mungkin dia ada angin takleh minum teh..husnuzon lah.
Ada juga ketika kami ramai2 sedang leka berkumpul dan berbual di bawah pondok ..peronda Polis lalu , ramai2 pakat menyorok dalam kereta tak mahu kantoi haha.. Waktu Era covid ..tidak dibenarkan berkumpul / lepak sebagainya. Ada juga dua orang awek yang singgah dengan kereta cakap aku comel Hahaha. boleh kata Setiap hari dia datang . Bersambung...

   

        

Comments

Popular posts from this blog

Tandas awam 5 sen?